20.8.09

Gula Sorok & Kurang

Gambar bawah ni hiasan saja.
pic from CSR(Central-sugar.com)

Gula habis lagi di pasaran.
Macamana mo buat biskut raya?
Macamana mo bikin sirap/kordial untuk raya?
Ini mesti sorok lagi ni.
Penjual sengaja tapuk sebab mo kasi naik harga.

Macam-macam spekulasi..ada yang betul..ada juga nda..
Tapi kalu fikir betul-betul. Semua kemungkinan ble berlaku.
Semenjak 3 minggu yang lalu, baca newspaper atau dengar berita GULA ja ceritanya.
Ada gula diseludup ke negara jiran..
Ada gula disorok oleh peruncit.
Ada cerita semua gula habis di pasaran termasuk kedai runcit dan pasaraya.
Ndada pula cerita yang keluar kalau syarikat pembuat minuman ringan dan kordial yang memborong gula 2/3 kali ganda lebih banyak pada bulan Jan, Mac, Jun & Oktober untuk memenuhi permintaan raya-raya Malaysia (Tahun Baru, Pesta Menuai, Hari Raya, Krismas).

Yang disibukkan betul ni gula putih kasar ja sebab sa tengok gula putih halus atau tepung atau perang masih banyak di shelves pasaraya.
Kenapa mo gula yang putih & kasar ja?
Gula perang lagi bagus bah, kurang kalori tetapi sama juga manis.
Gula halus pun sama juga rasanya dengan gula kasar, lagi senang hancur.
Mesti pasal harga kan?
Gula putih kasar RM1.55 (1 kg - harga kawalan)
Gula halus RM1.80-RM2 (600gm)
Gula perang RM1.90-RM2.20 (480gm)
Gula aising RM3.50 (800gm) - nda sesuai untuk buat kupi ka?

Bagus kita semua kurangkan makan makanan bergula supaya badan kita lagi lebih sihat.
Banyak gula dalam badan bikin banyak sakit bah!
Ini kali kita raya makan kuih-kuih kampung dan biskut-biskut moden yang kurang gula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin