24.9.09

Ganjaran Tak Ternilai

Bila Allah cepat makbulkan doamu
maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu
maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tak makbulkan doamu
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Justru bersangka baiklah dalam apa jua keadaan
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya

22.9.09

Peluang Kedua

Kehidupan ini sangat mengujakan. Apabila kita lalai hari ini, masih ada harapan bahawa kita akan sedar pada esok hari. Ia mengingatkan aku kepada 5 sebelum 5 yang seringkali diamal secara 5 selepas 5. Benarkah kita sentiasa ada peluang kedua untuk segala-galanya dalam hidup? Ada juga yang meyakini bahawa peluang cuma datang sekali dan kehadiran kedua adalah satu rahmat yang apabila terlepas maka terlepaslah segala-galanya selepas itu. Mungkinkah peluang itu sebenarnya satu ujian? Atau satu peringatan bahawa jika kita masih bertahan di takuk yang lama, kita tidak mungkin akan kemana?

Kenapa sudah terhantuk beribu kali dan tergadah beribu kali tetapi masih juga tidak sedar-sedar?

12.9.09

Beli-belah Raya


Raya semakin dekat mega sales pun semakin rancak. Raya mungkin lebih meriah sama meriah dengan poket yang semakin nipis atau tinggal habuk.

11.9.09

Kuih Raya

Seminggu lagi hari raya tentu semua muslimat dah sibuk sediakan menu jamuan raya tahun ini. Seperti biasa biskut menjadi sesuatu kemestian. Kalau tidak buat sendiri, beli kuih tunjuk ja.
#1 - Kuih Cincin
Kuih tradisional Sabah dari Papar yang sentiasa ada pada hari raya atau hari-hari biasa.
# 2 - Biskut Gajus
Yang ni termasuk dalam kategori kuih tunjuk.
# 3 - Kuih Jala
Yang ni memang sedap dan rangup. Asal dari Kota Belud Sabah
# 4 - Tat Nenas Landak
Ni pun kuih wajib raya. Takda masa nak masak sendiri. Masuk senarai kuih tunjuk juga.
# 5 - Almond London
Coklat badam paling sedap dan paling mudah disediakan. Kegemaran ramai.
# 6 - Bahulu Cermai
Inilah kuih raya yang paling saya suka.

10.9.09

Raya Dah Dekat

Raya dah nak dekat. Persediaan pun belum buat lagi. Kuih adalah sikit-sikit. Harap-harap adik beradik saya tapau banyak kuih balik kampung.Selalunya akulah yang sediakan tapi kali ini buat giliran dengan 9 orang lagi adik-adikku. Tengoklah nanti camna.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin