25.10.09

Yang dinanti-nantikan



Myspace Text - http://www.sparklee.com


Akhirnya kakitangan kerajaan N41-N54 akan diberikan bonus RM500 pada Disember ini. Entah betul tidak kerana tak mengikuti siaran langsung bajet 2010 baru-baru ini. Ia juga tidak dihebohkan oleh surat khabar, mungkin kerana jumlah yang jauh lebih rendah daripada biasa. Bagaimanapun, syukurlah daripada tiada. Harap2 dapat rebet tanggungan anak dinaikkan ke RM2000 seorang dan kenaikan biaya individu kepada RM10k namun yang pasti berkuatkuasa tahun depan boleh beli komputer setiap 3 tahun ( bukankah ini telah dimasukkan dalam bajet terdahulu?) dan biaya individu ke RM9k. Semestinya lebih banyak berita baik untuk Sabah & Sarawak. Bajet 2010 memang memaparkan bajet prihatin yang berpaksikan kepada konsep 1 Malaysia. Terima kasih kepada PM..

21.10.09

Bajet 2010



foto ihsan Bernama

Bajet 2010 akan dibentangkan pada 23 Oktober 2009. Sa tidak harap dapat bonus seperti tahun-tahun sebelum ini tetapi saya menjangkakan satu kejutan yang lebih baik daripada sekadar ganjaran wang tunai. Bagaimanapun, sa harap kemelesetan ekonomi bukan menjadi alasan untuk tidak prihatin kepada kegusaran kakitangan awam. Namanya pun bajet prihatin, rakyat didahulukan! pencapaian diutamakan!

17.10.09

Pesta Cahaya

Kepada semua penganut Hindu di seluruh dunia:-





16.10.09

Warganegara Tanpa Kewarganegaraan



Sangat sedih apabila kita memasuki kawasan pedalaman Sabah terutama di sebelah persempadanan Kota Marudu-Beluran-Ranau. Masih ramai 'warganegara' tanpa kewarganegaraan. Datuk nenek, ibu bapa semua dilahirkan di bumi Sabah tetapi tanpa surat beranak, apalagi kad pengenalan. Yang ada cuma nama panggilan dan satu kehidupan biasa yang sudahlah jauh terperosok dalam hutan tanpa apa-apa kemudahan dan sangat mundur dalam segala aspek kehidupan.

Kadang-kadang sukar dipercayai  apakah pihak-pihak berwajib telah benar-benar berusaha mengenalpasti mereka atau sekadar menunggu aduan daripada pelbagai pihak yang prihatin? Sayang sekali, kemerdekaan lebih 50 tahun tidak memberikan apa-apa makna kepada golongan ini. Mereka masih terpinggir, mereka masih tidak dibela.

15.10.09

Perjuangan Wanita



Sudah tiba masanya UMNO itu sendiri membuka ruang samarata kepada semua sayap untuk memutuskan barisan kepimpinan utama UMNO. Walaupun usul ini diajukan oleh Wanita tetapi secara tidak langsung memberikan gambaran kepada semua bahawa perlembagaan UMNO sepatutnya tidak 'gender bias'. Tidak kira peringkat dan status, Wanita, Puteri dan Pemuda memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada keutuhan UMNO. Lebih-lebih lagi Wanita. Justru, tiada alasan menidakkan permintaan mereka jika UMNO benar-benar mahu menghargai sumbangan Wanita dalam UMNO.

Semuga perjuangan Wanita menjadi  teras kepada perjuangan wanita Malaysia keseluruhannya.



12.10.09

Apabila Ada Orang Lain

Apabila seseorang isteri mendapat berita bahawa suaminya berkahwin lagi, maka dunia seumpama runtuh kepadanya. Kenapa? Kerana tidak sanggup berkongsi kasih; kerana terasa diri akan dipinggirkan; kerana seolah-olah dia ada kekurangan; kerana dia merasa tidak dicintai lagi; macam-macam perkara negatif yang difikirkan hingga lupa hakikat yang mungkin lebih baik.

Tentu pertanyaan timbul, apa baiknya isteri didua,ditiga atau diempatkan...

# Ganjaran Akhirat

Kalau isteri yang beriman, Tuhan sediakan payung emas di syurga. Persoalannya , berbaloikah? Isteri yang percaya kepada Qada & Qadar tidak akan mempersoalkan ini..malah mengharap agar keredhaan terhadap perkahwinan suaminya akan menjamin impiannya di akhirat kelak.




# Memudahkan Urusan

Selama ini kita habiskan hampir keseluruhan waktu mengurus suami dan anak-anak sahaja. Segala-galanya untuk keluarga sehingga dalam kebanyakan waktu kita tidak ada masa langsung untuk diri sendiri. Justru, apabila ada orang lain yang sanggup memikul tanggunjawab itu maka masa yang terluang itu kita gunakan sepenuhnya untuk mengurus diri kita sendiri. Buatlah apa yang patut yang selama ini kita terpaksa ketepikan demi suami tersayang.
Membeli-belah



Membelai Diri di Spa


Mencantikkan wajah.



Beribadah



Buat Kerja Amal



Sudah tentu pelbagai urusan yang kita boleh buat termasuklah hobi rutin seorang wanita seperti memasak, berkebun bunga, menenun, beriadah, bersukan dan macam-macam lagi.

Masa ini jugalah kita boleh habiskan masa dengan kawan-kawan kita untuk mengemaskinikan diri daripada berita-berita semasa yang selalu tertinggal dek kesibukan mengurus suami sambil bersama-sama menjayakan aktiviti memenuhi masa lapang..







11.10.09

Authentic Coach Bag On Sale!!! - Bags - mySimplifieds.com

Authentic Coach Bag On Sale!!! - Bags - mySimplifieds.com

Shared via AddThis

Musim Durian






Sekarang musim durian. Terlalu banyak sampai harga pun turun menjunam ke RM3 sekilo. Puas makan sampai demam. Mak pun balik2 talipon suruh pulang angkat durian di kebun. Saudara2 yang memang tokey durianpun balik2 hantar p rumah. Last2 bebagi dengan saudara2 yang lain juga.



Durian D24 yang memang sedap..yum..yum...

Petua supaya tidak mabuk durian:

1. Ambil kulit bekas biji.
2. Letak secubit garam.
3. Tuang air masak/air mineral.
4. Minum terus daripada kulit.
5. Jangan makan durian kalau sedang makan ubat.
6. Jangan makan durian kalau bercadang mau aramaitii..
7. Jangan makan durian dengan nangka/cempedak masak.
Selamat makan durian...

10.10.09

Kenapa Sering Mengungkit Keburukan?

Amat menyedihkan kerana seolah menjadi satu budaya orang-orang kita apabila bertanding dalam mana-mana pemilihan, mereka saling menceritakan keburukan pihak lawan. Kenapa tidak mencanangkan kebaikan dan kekuatan yang mereka miliki supaya para pengundi dapat menilai mereka dari sudut yang positif? Tidakkah mereka sedar bahawa budaya mengeji, membuka pekung dan menceritakan bidaah orang lain itu sesuatu yang tidak baik, buruk dan sememangnya bukan budaya orang beragama? Mungkinkah didikan itulah yang telah diterapkan oleh para pemimpin semenjak 52 tahun kemerdekaan yang di kecapi?



Justru, jangan kita marah apabila ada pihak  yang sering mencari kesilapan pemimpin kerana budaya tersebut memang tertanam kukuh dari dulu lagi kerana kita memang dididik sedemikian dan kita enggan berubah!!!!

9.10.09

Siapa Yang Rugi?



Perbalahan di kalangan manusia menimbulkan pelbagai kesan yang selalunya membawa kepada masalah yang lebih besar kepada pihak-pihak yang berkaitan. Seringkali pihak yang berbalah yang menimbulkan kekecohan manakala kesannya dipikul oleh masyarakat sekeliling yang terlibat secara langsung atau tidak. Siapa sebenarnya yang meraih keuntungan daripada sesuatu perbalahan? Jika perselisihan itu dapat diselesaikan, mungkin semua mendapat manfaat tetapi ika tidak dapat diatasi, semuapun menempah akibat. Alangkah baiknya, perbalahan peribadi dapat diselesaikan tanpa bantuan orang atau pihak luar, kerana di kebanyakan waktu, penglibatan luar hanya akan memburukkan lagi keadaan.


Melihat daripada senario konflik dalam badan kepimpinan negara, jarang perbalahan yang membawa perdamaian. Kebanyakannya akan dibawa sampai bila-bila walaupun benda yang dipertikaikan sudah dikira selesai. Sebelum ini UMNO, kemudian MIC, PPP dan sekarang MCA. Siapa sebenarnya yang untung? Siapa sebenarnya yang rugi?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin