9.10.09

Siapa Yang Rugi?



Perbalahan di kalangan manusia menimbulkan pelbagai kesan yang selalunya membawa kepada masalah yang lebih besar kepada pihak-pihak yang berkaitan. Seringkali pihak yang berbalah yang menimbulkan kekecohan manakala kesannya dipikul oleh masyarakat sekeliling yang terlibat secara langsung atau tidak. Siapa sebenarnya yang meraih keuntungan daripada sesuatu perbalahan? Jika perselisihan itu dapat diselesaikan, mungkin semua mendapat manfaat tetapi ika tidak dapat diatasi, semuapun menempah akibat. Alangkah baiknya, perbalahan peribadi dapat diselesaikan tanpa bantuan orang atau pihak luar, kerana di kebanyakan waktu, penglibatan luar hanya akan memburukkan lagi keadaan.


Melihat daripada senario konflik dalam badan kepimpinan negara, jarang perbalahan yang membawa perdamaian. Kebanyakannya akan dibawa sampai bila-bila walaupun benda yang dipertikaikan sudah dikira selesai. Sebelum ini UMNO, kemudian MIC, PPP dan sekarang MCA. Siapa sebenarnya yang untung? Siapa sebenarnya yang rugi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin