28.7.09

ALahai...susahnya memahami wanita...

Seringkali kita mendengar beberapa keluhan tentang kemahuan seseorang wanita (Biasanya lelaki lah yang nda pandai paham-paham tentang wanita ni kan...) Jadi sa pun sibuk lah mencari rahsia di sebalik kesusahan itu. Barangkali tip2 berikut boleh dijadikan panduan untuk memahami hati wanita:-

1. Wanita perlu dihormati tanpa perlu mengiyakan semua cadangan, idea dan kemahuannya.

“The best thing to give to your enemy is forgiveness; to an opponent, tolerance; to a friend, your heart; to your child, a good example; to a father, deference; to your mother, conduct that will make her proud of you; to yourself, respect; to all men, charity.” Benjamin Franklin


2. Kemesraan yang diluahkan dan dizahirkan tanpa batasan waktu, tempat dan keadaan.
In a great romance, each person basically plays a part that the other really likes” Elizabeth Ashley

3. Luangkan masa untuk berdua sebanyak yang mungkin tetapi tidak semestinya berkepit macam belangkas.
Time is free, but it's priceless. You can't own it, but you can use it. You can't keep it, but you can spend it. Once you've lost it you can never get it back.” Harvey Mackey

4. Sediakan segelas air untuknya ketika matahari sedang panas terik atau kejutkan dia dari tidur dengan segelas minuman kegemarannya.
My religion consists of a humble admiration of the illimitable superior spirit who reveals himself in the slight details we are able to perceive with our frail and feeble mind.” Albert Einstein

5. Sentiasa bercerita dengannya kalaupun hanya sekadar menjadi pendengar setia.
But behavior in the human being is sometimes a defense, a way of concealing motives and thoughts, as language can be a way of hiding your thoughts and preventing communication.” Abraham Maslow

6. Sentiasa konsisten dengan apa yang dicakap dan dibuat.
Consistency requires you to be as ignorant today as you were a year ago.” Bernard Berenson

7. Wujudkan satu ikatan antara kamu tanpa merasa terikat.
The great mistake is to anticipate the outcome of the engagement; you ought not to be thinking of whether it ends in victory or in defeat. Let nature take its course, and your tools will strike at the right moment..” Bruce Lee

8. Nakal & lucu sesekali terhadapnya.
Humor is the sunshine of the mind” Edward G Bulwer
What makes humility so desirable is the marvelous thing it does to us; it creates in us a capacity for the closest possible intimacy with God” Monica Baldwin

9. Cabaran kadang-kadang mewujudkan elemen-elemen kejutan dan dorongan ke arah yang lebih baik.
Challenges make you discover things about yourself that you never really knew. They're what make the instrument stretch-what make you go beyond the norm.” unanimous
Life's challenges are not supposed to paralyze you, they're supposed to help you discover who you are.” Bernice Johnson Reagon


Selamat mencuba...kalau tidak berjaya..itu bukan masalah sa ya...




25.7.09

Metos Kinabalu - Siri 1



Masa sa kecil lagi, nenek sa selalu bercerita tentang Gunung Kinabalu. Salah satu ceritanya ialah berkaitan dengan penempatan roh-roh nenek moyang orang Dusun. Kononnya, setelah aki odu mati roh mereka akan ke puncak Kinabalu dan bersemadi selamanya di situ untuk memerhati gelagat keturunan mereka di dunia. Jika berlaku pergaduhan di kalangan orang Dusun atau ada di antara orang Dusun yang melakukan perkara-perkara yang tidak baik maka roh odu aki akan memberikan amaran melalui mimpi (kepada Bobolian) dan mereka yang melakukan sumbang (perbuatan jahat) dikehendaki meminta maaf kepada roh odu aki dengan menyediakan Sogit. Biasanya Sogit dalam bentuk korban binatang ternakan dan akan dibahagi-bahagikan kepada semua penduduk di dalam kampung sambil menceritakan sebab Sogit tersebut dikeluarkan. Sebelum Sogit tersebut dibahagikan, Bobolian akan berhubung dengan roh odu aki sambil memohon restu dan keampunan di atas kesalahan yang berlaku.



23.7.09

Gunung Kinabalu

Setiap minggu sa tetap melalui jalan KK-Ranau. Setiap kali itu juga la sa memerhatikan keindahan Gunung Kinabalu. Gambar2 berikut menceritakan segala-galanya:

#1 - Dari Puncak Borneo Bundu Tuhan.
Ketika ni musim angin kuat dan cloudy.

#2 - Pemandangan lebih dekat dari Puncak Borneo


#3 - Dari Sokid Bundu Tuhan jam 10 pagi

#4 - Jam 5.45 petang dari Bundu Tuhan

#5 - Jam 6.30am dari Pinousuk

#6 - Jam 3pm dari Pinousuk

#7 - Jam 63am dari Semuruh

#8 - Jam 2pm dari Kundasang

# 9 - Jam 11am dari Kundasang




22.7.09

Bunga hiasan 2

Boring-boring bagus juga tengok-tengok bunga ni. Bagus untuk terapi minda.

#6- Jambangan Gerbera - So'en Florist
Cantik betul. Sesuai untuk perempuan.


#7 - Koleksi SSF - susun sendiri
Nampak real tetapi tersangatlah mahal. Nasib baik sa beli masa sale.


#8 - Ini pun susun sendiri.
Bunga plastik untuk tema neutral/musim luruh


#9 - Jambangan Lavender - susun sendiri
Hari tu ada offer di Familia dan belilah kuntuman ini. Suka tengok country look.


#10 - Kelopak mawar bertangkai - susun sendiri.
Lebihan daripada hiasan di tempat lain. Saja isi dalam balang seramik yang kosong.

21.7.09

Bunga hiasan

Selalunya kalu perempuan memang suka bunga. Kerana kegilaan kepada bunga sampai nda sedar 1 bilik penuh bunga. Ada yang segar, ada yang sudah mati, ada juga yang plastik, murah, mahal, kurang cantik dan sangat cantik.

# 1. Jambangan Matahari dari June Florist
Kraftangan rotan berbentuk kelopak nepenthes tu sa beli dari Ranau.

#2. Jambangan Mawar - Syn Florist
Asalnya untuk hiasan raya tapi nda sempat bawa balik. Maka jadilah hiasan dalam meja mengawani itek2 polyresin sa.

#3. Jambangan Musim Luruh - sendiri susun
Lebihan daripada hiasan ofis tahun lalu.

#4. Jambangan Mawar - Syn Florist
Untuk raya juga tapi nda jadi bawa pulang. So, jadi perhiasan meja menunggu tetamu. Siap dengan 2 ekor itik kristal dan buku inspirasi. Sambil tunggu sambil baca.

#5. Bunga Daun Cinta
Satu-satunya bunga segar di ofisku yang sentiasa segar semenjak tahun 2007. Tukang kebun tu cakap bunga ni ada ONG untuk sa sebab nda pernah mati walaupun pernah nda kena siram lebih 2 minggu.


18.7.09

Motivasi

Sesekali apabila kita berhadapan dengan masalah atau kesukaran hidup, kita memerlukan seseorang untuk bersandar. Namun bila seseorang itupun tidak wujud maka, mungkin ayat-ayat berikut dapat menyatakan apa yang terbuku di hati.

quote Pictures, Images and Photos

16.7.09

Cucu Ke 33 ibuku

ASRUL MUHAMMAD SYATHIR


Sempat posing sebelum mo tidur. Merah sudah mukanya kepenatan.

Dengan nenek Jahimi. siap kena kasi susu lagi ba.

Dengan nenek Baka' sambil tengok magagung

Alamak! Tertutup pulak mata ko Syathir..mo nangis cari mama ka?

Sedang tidur lena lepas kena dodoi



Berabis mo isap susu..mo cepat kasi abis..botol besar lagi tu.


Ini dengan umi dan mak su..

Mak Su Onoi pula yang berabis posing..

Mengantuk sudah kepenatan mo layan umi dan mak su..

Adoi begaya lagi ba!




Blur sikit..

Sampai kebihis-bihis lepas susu



Bersama umi..ada iras-iras ka? Macam boleh masuk pertandingan muka seiras kan?


Mo main lagi..masih nda mo tidur..





Baru abis mandi, sedang kesejukan tetapi sempat posing..



Sudah pakai baju, nda sejuk lagi..Macam nda muat sudah tu baju padahal baru 2 bulan.



Yang ni Umi mo mandi tapi dukung-dukung dulu..


Basar mata ko Syathir..tengok apa tu?

15.7.09

Cepat Kaya

money Pictures, Images and Photos
Pic credit Chinabear11
Semua orang mo kaya dengan alasan mereka masing-masing. Kaya itu sendiri memberikan definisi berbeza kepada setiap individu. Ada yang cakap sudah kaya walaupun cuma ada RM1..namun ada juga yang punya berjuta dalam bank tapi masih cakap belum kaya..Bagaimanapun bagi saya, selagi aku bahagia hidup di dunia ini selagi itu lah aku merasa kaya biarpun aku cuma ada sen-sen ja di poket..ahakks

12.7.09

Penat..penat

Jauh perjalanan dari kemarin. Awal pagi lagi ada berita keluarga..hajat mo tidur sampai tengahari terpaksa ditunda. Balik kampung lagi..yang ni da every weekend pulang. Rasa macam penat sangat drive dan mo tidur sampai rumah tapi kena pigi rumah orang meninggal. Jam 5 baru selamat dikebumikan...syukur sangat tak ujan sepanjang hari walaupun mendung sekali-sekala menjengah. Malam lepas Isya' pigi tahlil arwah. Al-Fatihah.....Mudahan Allah SWT menempatkan roh beliau bersama orang yang salleh..Amiinnn...

Agak sedih kerana tidak seorangpun ahli keluarga arwah datang untuk mengiringi kepergiannya..semua keluarga angkat yang urus sejak 20 tahun yang lalu! Murah rezeki keluarga angkatnya tu..Terfikir juga..adakah sesiapa di antara beberapa best friend sa akan melakukan perkara yang serupa sekiranya sa berada di tempat sedemikian? Tuhan ja la yang tau....

5.7.09

Hujung Minggu

Pada setiap hujung minggu mesti banyak benda yang ingin dibuat. Antaranya seperti yang berikut:

1. Mendaki Gunung


Yang ni di New Zealand dpd Destination360

2. Menyelam dengan penyu


Yang ni di Sipadan.

3. Shopping!!


Kalau perempuan biasa la kan...
Bagaimanapun, kalu poket dah kering tambah2 mood x ok
ni lah yang sa buat sepanjang hujung minggu...


SmileyCentral.com SmileyCentral.com

Lupa dunia wei...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin