21.7.09

Bunga hiasan

Selalunya kalu perempuan memang suka bunga. Kerana kegilaan kepada bunga sampai nda sedar 1 bilik penuh bunga. Ada yang segar, ada yang sudah mati, ada juga yang plastik, murah, mahal, kurang cantik dan sangat cantik.

# 1. Jambangan Matahari dari June Florist
Kraftangan rotan berbentuk kelopak nepenthes tu sa beli dari Ranau.

#2. Jambangan Mawar - Syn Florist
Asalnya untuk hiasan raya tapi nda sempat bawa balik. Maka jadilah hiasan dalam meja mengawani itek2 polyresin sa.

#3. Jambangan Musim Luruh - sendiri susun
Lebihan daripada hiasan ofis tahun lalu.

#4. Jambangan Mawar - Syn Florist
Untuk raya juga tapi nda jadi bawa pulang. So, jadi perhiasan meja menunggu tetamu. Siap dengan 2 ekor itik kristal dan buku inspirasi. Sambil tunggu sambil baca.

#5. Bunga Daun Cinta
Satu-satunya bunga segar di ofisku yang sentiasa segar semenjak tahun 2007. Tukang kebun tu cakap bunga ni ada ONG untuk sa sebab nda pernah mati walaupun pernah nda kena siram lebih 2 minggu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin