10.6.09

Bintang

Baru-baru ini sa terbaca news tentang anugerah bintang kebesaran kepada beberapa orang kenamaan yang sudah sedia ada bintang berpangkat tan sri, datuk seri dan datuk yang menerima lagi bintang kebesaran yg serupa. Sa pun terfikir juga, apa agaknya org2 kenamaan tu buat/lakukan sehingga mereka diberikan bintang yang sama bertindih-tindih (kalau tidak bertindan-tindan timbun...). Bagus juga la kalu sudah ramai pemimpin Sabah yg dapat tan sri, dato' seri dan dato' tp bagi sa mereka sepatutnya dianugerahkan bintang tu 15-20 tahun yg lalu sebab mereka lah yg membentuk corak pemerintahan negeri ini. Namun ada juga bekas pemimpin yg x layak langsung dapat bintang tu..mungkin kerana bintang itu dibeli dgn udang bertan-tan atau kerana mo ganti janji yg tidak pernah ditunaikan/terpaksa diberi bintang supaya nda jadi TYT yang muflis...ntah sapa la tu kan..?

Sa cuma ada bintang libra yang kadang-kadang diberi kemudahan 3 bintang tetapi jarang-jarang dilayan 5 bintang dan selalunya pening berbintang-bintang bila nda tau macamana mo salasai masalah problem..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin