Apabila seseorang isteri mendapat berita bahawa suaminya berkahwin lagi, maka dunia seumpama runtuh kepadanya. Kenapa? Kerana tidak sanggup berkongsi kasih; kerana terasa diri akan dipinggirkan; kerana seolah-olah dia ada kekurangan; kerana dia merasa tidak dicintai lagi; macam-macam perkara negatif yang difikirkan hingga lupa hakikat yang mungkin lebih baik.
Tentu pertanyaan timbul, apa baiknya isteri didua,ditiga atau diempatkan...
# Ganjaran Akhirat
Kalau isteri yang beriman, Tuhan sediakan payung emas di syurga. Persoalannya , berbaloikah? Isteri yang percaya kepada Qada & Qadar tidak akan mempersoalkan ini..malah mengharap agar keredhaan terhadap perkahwinan suaminya akan menjamin impiannya di akhirat kelak.
# Memudahkan Urusan
Selama ini kita habiskan hampir keseluruhan waktu mengurus suami dan anak-anak sahaja. Segala-galanya untuk keluarga sehingga dalam kebanyakan waktu kita tidak ada masa langsung untuk diri sendiri. Justru, apabila ada orang lain yang sanggup memikul tanggunjawab itu maka masa yang terluang itu kita gunakan sepenuhnya untuk mengurus diri kita sendiri. Buatlah apa yang patut yang selama ini kita terpaksa ketepikan demi suami tersayang.
Membeli-belah
Membelai Diri di Spa
Mencantikkan wajah.
Beribadah
Buat Kerja Amal
Sudah tentu pelbagai urusan yang kita boleh buat termasuklah hobi rutin seorang wanita seperti memasak, berkebun bunga, menenun, beriadah, bersukan dan macam-macam lagi.
Masa ini jugalah kita boleh habiskan masa dengan kawan-kawan kita untuk mengemaskinikan diri daripada berita-berita semasa yang selalu tertinggal dek kesibukan mengurus suami sambil bersama-sama menjayakan aktiviti memenuhi masa lapang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan