Sangat sedih apabila kita memasuki kawasan pedalaman Sabah terutama di sebelah persempadanan Kota Marudu-Beluran-Ranau. Masih ramai 'warganegara' tanpa kewarganegaraan. Datuk nenek, ibu bapa semua dilahirkan di bumi Sabah tetapi tanpa surat beranak, apalagi kad pengenalan. Yang ada cuma nama panggilan dan satu kehidupan biasa yang sudahlah jauh terperosok dalam hutan tanpa apa-apa kemudahan dan sangat mundur dalam segala aspek kehidupan.
Kadang-kadang sukar dipercayai apakah pihak-pihak berwajib telah benar-benar berusaha mengenalpasti mereka atau sekadar menunggu aduan daripada pelbagai pihak yang prihatin? Sayang sekali, kemerdekaan lebih 50 tahun tidak memberikan apa-apa makna kepada golongan ini. Mereka masih terpinggir, mereka masih tidak dibela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan