Amat menyedihkan kerana seolah menjadi satu budaya orang-orang kita apabila bertanding dalam mana-mana pemilihan, mereka saling menceritakan keburukan pihak lawan. Kenapa tidak mencanangkan kebaikan dan kekuatan yang mereka miliki supaya para pengundi dapat menilai mereka dari sudut yang positif? Tidakkah mereka sedar bahawa budaya mengeji, membuka pekung dan menceritakan bidaah orang lain itu sesuatu yang tidak baik, buruk dan sememangnya bukan budaya orang beragama? Mungkinkah didikan itulah yang telah diterapkan oleh para pemimpin semenjak 52 tahun kemerdekaan yang di kecapi?
Justru, jangan kita marah apabila ada pihak yang sering mencari kesilapan pemimpin kerana budaya tersebut memang tertanam kukuh dari dulu lagi kerana kita memang dididik sedemikian dan kita enggan berubah!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan