15.10.09

Perjuangan Wanita



Sudah tiba masanya UMNO itu sendiri membuka ruang samarata kepada semua sayap untuk memutuskan barisan kepimpinan utama UMNO. Walaupun usul ini diajukan oleh Wanita tetapi secara tidak langsung memberikan gambaran kepada semua bahawa perlembagaan UMNO sepatutnya tidak 'gender bias'. Tidak kira peringkat dan status, Wanita, Puteri dan Pemuda memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada keutuhan UMNO. Lebih-lebih lagi Wanita. Justru, tiada alasan menidakkan permintaan mereka jika UMNO benar-benar mahu menghargai sumbangan Wanita dalam UMNO.

Semuga perjuangan Wanita menjadi  teras kepada perjuangan wanita Malaysia keseluruhannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin